Yuhuuu.. I'm coming back! Hik3.. Lama bebenor aku tak menulis kat blog ni kan? Biasa la busy tahap gaban! Baru-baru ni aku pergi China. Sonok sangat sebab jumpa balik colleague dari China tu. Lama tak jumpa dorang. Dorang kat sana very friendly. Cuma satu je la.. communication tu. Susah nak communicate ngn dorang since dorg ni memang tak reti nak speaking! Lawak pulak rasanya bila borak-borak ngan dorang, leh pulak dorang tu cakap bahasa mandarin dgn aku? Aku senyum je la sambil-sambil tu kerut-kerut dahi tak paham! Haish!~
Sekarang ni aku begitu sibuk sikit dengan kerja, projek Takaful Prudential dan novel aku ni. Biasa la kan, nak cari duit lebey and nak membina hidup ke arah yang lebih baik disamping membantu rakan-rakan yang memerlukan pertolongan (kira amal jariah la jugak neh!).. Sebab tu takde sape-sape dalam hidup aku ni sebab aku sememangnya agak busy sekali. Rumah ni dah jadi macam rumah sewa dah. Kesian kat mak abah aku and adik-adik aku. Jarang sekali aku nak lepak lama di rumah. Tapi takpelah, as long aku dapat bantu family aku pun dah kira ok dah. Seronok bila kita dapat gembirakan orang sekeliling kita. kan.. kan???
Ok la.. tak nak membuang masa dengan cerita merepek merapu aku kali ni. Aku nak bercerita satu pengalaman aku di sini. Aku pernah dapat satu prospek yang ada keinginan nak mengambil insurans dengan aku. Pada awalnya aku berasa seronok sangat sebab bakal ada kes baru la untuk aku. Pada mulanya dia beria-ia nak ambil. Siap mesej aku cakap "saya berminat nak ambil insurans. berapa bayaran dia?"
Setelah agak lama bersms dan membuat temujanji, aku pun buatlah quotation untuk dia. Mula-mula dia nak tgk quotation untuk insurans takaful link dan byrn cash, lepas tu nak tukar ke takaful link dan byrn auto-debit. Pada mulanya aku tak kisah la sebab itu mmg keje aku untuk buat consultation dan buat quotation sememangnya FR double E. Lepas dah buat itu ini, dia nak tambah plak. soh aku buat ummah pulak untuk dia. Nak dua quotation, byrn cash dgn auto-debit. adeh.. tape la.. customer is always right kan? Aku buat aje la. Then dah buat temujanji, smpai la ari yang sepatutnya.. aku call dia tak angkat. Kol lagi, dia tak angkat. Pastu nak dekat petang aku tunggu.. Agak petang sket dia balas kata dia tak sihat sebab demam. Ok fine. Aku sabar la. Kitorang tetap buat temujanji yang kedua. Kedua pun sama, ada hal la apa la.. sampailah buat temujanji yang ketiga.
Temujanji yang ketiga ni bikin aku panas. Dia nak jumpa aku hari isnin. Masa dah tetap cuma tempat belum lagi. Confirm la kalau hari isnin, aku kena ambil cuti kan? So sebab fikir ini client aku, aku ambil cuti la and tak kisah pun. Cuma yang aku kisah sangat, aku kol hari tu dia langsung tak angkat, then aku mesej dia nak pastikan confirm atau x temujanji ni? Dia tak balas.
Tengahari tu baru dia balas. Tapi mesej dia kali ni memang buat aku rasa nak tumbuk je dia (kalau dia depan aku la!). Mesej dia camni:
"Akak, tak jadi la nak ambil insurans dengan akak. Saya dah jumpa insurans yang lagi bagus dari prudential. Dia cover sampai umur saya 90 tahun lagi!"
WTF! Korang rasa apa perasaan korang bila dpt makhluk dan hamba Allah yang bongok seperti mamat ni? Rasa nak tumbuk je kan? Aku tak kisah kalau kau tak nak ambil tapi tolong jangan buang masa aku nak melayan kerenah kau yang at the end bikin aku panas. Dah tu kau nak kondem insurans aku pulak! Apa kes!? Tak nak ambil cakap je la tak nak ambil. Tak payah nak main-mainkan orang. Buat makhluk bernama Imran (kalau awak baca cerita ni).. Sila be responsible! Kau aniaya orang satu hari nanti orang akan balas apa yang kau buat pada orang tu. SEKIAN!
Ah! Emosional pulak aku kan? Takpe.. Istighfar banyak2. Untuk bisnes ni sememangnya perlukan kesabaran yang teramat sangat. Mujur aku ada kawan-kawan yang bagi semangat untuk bertapak lebih lama dalam dunia insurans ni... Aku tahu bisnes ni dpt membantu aku untuk jadi orang. Sebab tu aku nak teruskan dan serius dengan bisnes ni. Ini kira sikit la cabaran yang aku dapat. Ada kakak (member aku jugak agen insurans Prudential..) dapat cabaran yang Maha hebat. Sebab tu dia aku jadikan satu semangat untuk aku terus berusaha. Alhamdulillah... =)
Cerita lain pulak, orang lelaki jugak! Dia ambil insurans dengan aku pun melalui laman blog ni. Alhamdulillah sebab ini rezeki aku. Tapi dia nipun main-mainkan aku. Muka baik jek. Pijak semut pun tak mati. Siap cakap dengan aku, elok ambil insurans ni. Untuk masa depan. Tapi tak sampai 3 bulan dia bayar, dia mula buat hal. Bayaran dia tertunggak. Bila call, dia tak angkat. Then aku try call dia guna no opis aku baru dia angkat. Bila tanya cakap, ada je duit dalam bank. Macammana boleh tak tolak bla.. bla.. bla.. Kerja kau tu besar la jugak! Single, tapi takkan takde duit kot? Gaji kau pun aku tgk ok.. lagi besar dari gaji aku. So apa yang kau nak sebenarnya? Poyo je cakap elok amik insurans bla.. bla.. bla.. At the end, kau pun lari! Skg ni insurans kau dah lapse.. in case kalau berlaku apa-apa, jangan sesekali salahkan agen sbb itu semua salah kau sendiri. Bukan tak bagi peringatan, dah banyak kali.. so lepas ni pandai-pandai la kan? Aku dah jalankan tanggungjawab aku.. selebihnya hang pikir la sendiri!
Sebab tu aku agak malas nak melayan mesej2 yang tak sepatutnya. Kalau nak ambil insurans tu betul-betul la. Serius-serius la sikit. Apa perasaan korang bila orang buat korang macam tu? Tentu korang sakit ati kan? Tapi takpe.. itu pengalaman yang tak boleh aku lupakan sampai mati. Bak kata sahabat aku: Sorang tak nak, banyak lagi yang nak! Dont give up, just move forward! Then sampai skg aku pegang ayat tu sebagai semangat untuk aku teruskan. Niat aku untuk bantu rakan-rakan dan cuba untuk mengubah hidup aku. Tapi manusia ni kita tak leh nak jangka.
Tau tak kenapa aku agak memilih untuk mencari pasangan hidup? Sebab lelaki yang aku jumpa setakat ni takde langsung yang terkandung dalam senarai lelaki yang aku cari. Aku tak kisah dia mcmmana tapi perlulah ada 3 perkara: jaga solat, bertanggungjawab dan ada matlamat hidup. Tapi zaman skg ni amat sukar nak dapat lelaki yang macam tu. Kebanyakkannya banyak bergantung harap pada perempuan. So macam mana tu? Jangan cakap aku memilih tapi kalau dah gitu lelaki yang aku kenal, sebelum ke tahap serius baik aku angkat kaki!
Haish~ Susah kan macam ni? Takpelah, ada je jodoh... Setiap manusia dah dicipta berpasangan. InsyaAllah aku akan jumpa ONE FINE DAY! =)















Emosional seh..heehheheh
Post a Comment