Umur aku dah 27 tahun dah untuk tahun ni... tahun depan dah 28 tahun. sedar tak sedar dah makin tua aku rupanya..You know what, my sister will getting enggaged at beginning of this next year. Me? Still like this. single.. single and single.! hahaha...Tengah fikir, apa aku nak sempena hadiah langkah bendul ni ek? Abang aku suruh mintak gelang tangan. tapi, aku ni bukan la suka sangat pakai barang-barang kemas ni. Hah! disebabkan aku ni memang giler novel, so aku nak suruh adik aku belikan aku novel dalam RM200 je. boleh tak?? keh.. keh.. keh..
Sometimes I have tried to be happy but I cannot hide my feelings. Orang boleh nampak jelas dari riak wajah aku samada aku gembira atau tak. yeah.. that is my true face.. I cannot be hipocrite. Aku ni memang dah ditakdirkan untuk hidup seorang diri ke? dari dulu sampai sekarang, always alone.
Bukan tak pernah ada lelaki yang cuba nak kenal baik dengan aku, tapi entah la. samada aku jual mahal ataupun tidak aku sendiri tak tahu. apa yang aku tahu, hati aku dah lama tertutup. orang soh aku mandi bunga, pastu berdoa dengan Allah supaya dapat berjumpa dengan lelaki yang boleh menyayangi aku. tapi aku sering berdoa. mungkin doa aku belum cukup kuat kot? kenapa ye? setiap lelaki yang aku kenal pasti akan curang dengan aku.
Yelah, aku pegang pada kata-kata ini:
"Allah akan temukan kita pada orang yang salah sebelum berjumpa dengan jodoh yang betul"
Memang, setiap hari aku akan bertemu dengan lelaki yang salah. yang suka menabur janji tapi tak pernah tepati. sampai satu ketika aku rasa cukup muak dengan cara hidup macam ni. kadang-kadang aku jeles dengan adik aku sendiri. sebab dia dikelilingi oleh lelaki yang begitu setia, baik dan betul-betul sayangkan dia. kalau dia clash, smpai sekarang lelaki itu cari dia balik wpun dia sudah ada pengganti yang lebih baik dari sebelumnya. tapi aku? selalu dikelilingi oleh lelaki yang selalu sahaja nak mainkan perasaan aku sendiri. kalau clash sebab apa? sebab curang.. kalau tak curang pun, ada sebab lain. Entahlah...
kadang-kadang aku fikir, betul ke lelaki akan suka perempuan yang lawa? aku tengok, ex-boy aku dulu akan dapat awek yang jauh lebih lawa dari aku. apa? aku ni tak lawa ke? buruk sangat ke aku ni ha? sbb tu kot ko curang dengan aku. ignore aku and whatsoever. geram! selalunya, aku try untuk jadi yang terbaik. tapi aku tahu, aku tak boleh jadi yang terbaik!
Kadang-kadang bila baca novel, teringin nak ada pakwe, suami yang macam tu. yang setia dan baik. kalau majuk selalu kena pujuk. kalau sedih, ada yang akan happykan kita. kalau sakit, akan ada orang yang take care. tapi semua tu hanya angan-angan je la.
Bila teringatkan kisah dulu, kalau aku merajuk.. sendiri2 yang pujuk. kalau sakit, pakwe pun buat bodo jek. and bila sedih, sedih sorang2.. (nasib ada kawan baik yang memahami).. lelaki, hanya dekat dengan aku sebab something.... bukan betul2 sukakan aku. takpelah, aku doakan dia bahagia aje la kan? oklah, entah kenapa aku tiba-tiba rasa nak lepaskan semua ni. sebab adik aku nak kahwin kot? huhuhu.... takpelah! doakan yang terbaik untuk aku ye?
Hello Mr Perfect 23
5 days ago















insyaAllah, sampai ms nnt jodoh ko akn dtg jgk. jgn putus asa n teruskan berdoa. mungkin jodoh ko ada dpn mata sbb kdg2 kita tak peduli langsung melainkan bila kita dh hampir kehilangnya.. sekadar meluahkan pendapat. all the best deknie! ;)
sama la ngan kite.. orang kata kita akan jumpa 2 atau 3 orang yang salah dulu tapi rasanya dah lebih dr 2,3 dh ttp xpernah jmp laki yg baik. xpaham la hidup ni. senang tuk berkata-kata...sabar... tp smpai bila? :(
Post a Comment