2

I'm seeking franchise business partner (serious person only)

Monday, March 12, 2012.
Sesiapa yang berminat untuk membuat perniagaan berdasarkan "konsep FRANCHISE" dan ingin mengubah cara hidup ke arah lebih baik boleh kontek aku 012-4411490. Aku mencari business partner yang serius untuk memulakan bisnes franchise dan boleh bergerak dalam kumpulan. Pelawaan adalah khas untuk sesiapa yang minat bisnes, ingin belajar tentang bisnes dan mempunyai kesedaran dalam mengubah hidup!  Training akan diberikan. Ada harapan untuk bercuti ke luar negara 100% ditanggung oleh kompeni, income boleh mencecah 5 angka. Terima kasih.

Leia Mais...
0

Jom ceburi bisnes!! =)

Sunday, March 4, 2012.
Hai, salam semua!!!!! Pagi-pagi ni aku rasa sangat-sangat fresh sebab bangun pagi macam ni bikin semangat aku menjadi semakin kuat. Sebab apa? Sebab aku dah titipkan perasaan aku dalam hati untuk terus berjaya dalam hidup dan tidak akan cepat mengaku kalah.

Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Dengar cerita kemungkinan hujung tahun ni minyak akan naik! Erk!~ Dengan gaji yang serba sedikit ni aku rasa sememangnya tidak mampu untuk mengharungi saat itu. Di kawasan KL ni gaji pekerja yang bawah dari 3000 dah digelar sebagai miskin bandar!

Nak tak nak aku kena cari jalan lain. Tidak hanya setakat makan gaji sahaja. Sampailah aku jumpa satu peluang perniagaan yang membolehkan aku mengubah hidup aku. Tetapi masih tak ramai yang berani mengharungi perniagaan seperti ini. Kerana apa? Kerana masyarakat melayu masih belum ada keyakinan untuk berjaya dalam bidang bisnes sama seperti masyarakat Cina. Sampai bila kan kita nak hidup hanya dengan makan gaji je? Bila lagi kita nak keluar dari kepompong hidup yang hanya bersyukur dengan apa yang ada. Tidak teringinkah kita bila satu hari nanti bila kita berjaya, anak-anak kita pastinya akan merasa hasilnya?

Aku tergerak hati untuk join bisnes ni kerana apa?
1- produk tidak ada competitor
2- produk di'patent'kan, sekiranya ada penyelewengan.. kompeni akan menyaman pihak tidak bertanggungjawab hampir 7.5 juta Euro. Tengoklah betapa seriusnya sekiranya masalah ini berlaku.
3- produk selamat dan kompeni mempunyai insurans untuk setiap produk. Sekiranya berlaku apa-apa kepada pengguna, kompeni tidak teragak-agak untuk membayar insurans tu kepada si pengguna sebanyak 7.5 juta Euro.
4- setiap produk dihasilkan mendapat pengiktirafan "superbrand" berwarna biru dari pihak superbrand sendiri dimana takde lagi kompeni kat Malaysia ni yang pihak superbrand datang sendiri untuk membuat siasatan. Selalunya kompeni yang menghasilkan produk terpaksa  turun naik tangga syarikat superbrand untuk mendapatkan sijil pengiktirafan. Tetapi berbeza dgn kompeni ni. Korang nak tahu apa maksud "superbrand" berwarna biru? Bukan calang-calang kompeni yang dapat sijil pengiktirafan seperti ini. Cuba search "superbrand" tengok apa maksud di setiap logo yang ditulis. Kalau malas, biar aku explain dekat sini. Superbrand berwarna biru diiktiraf bila superbrand sendiri telah membuat analisis berkaitan produk, material yang dipakai, kewangan syarikat, leadership serta carta organisasi syarikat itu adalah yang terbaik. So, adakah itu adalah sesuatu yang baik untuk kita ceburi?

5- Kalau kerja keras, gaji sbln antara 2.5k - 30k.. malah lebih dari itu. InsyaAllah.. yang penting kerjasama dan kerja keras bersama-sama. Terpulang pada diri sendiri utk mengubah diri ke arah yang lebih baik.. =)


Bila lagi kita nak menceburi bidang bisnes, betul tak? Bila lagi masyarakat melayu nak terus menuju ke hadapan sama setaraf dengan masyarakat cina? Bila lagi masyarakat Melayu nak memonopoli ekonomi negara? Fikirlah dari sekarang. Tak lama lagi, government akan sedikit demi sedikit bertukar menjadi swasta. Minyak akan naik kerana kesan peperangan antara Iran dan Israel. Apa pendapat korang sekiranya perkara itu akan berlaku? Tentunya ramai pekerja government ataupun GLC sendiri yang akan dibuang kerja. Taraf hidup semakin tinggi. Jangan sampai saat itu, kita dah mula menggigit jari. Baru nak mencari sumber pendapatan yang lain. Kalau kita start dari sekarang, bila satu hari nanti kita sudah boleh tersenyum. Tidak gusar sekiranya inflasi sifar berlaku lagi kerana mata pencarian kita masih ada dan duit masih ada. 

Nak dijadikan cerita, hari itu aku ada terbaca satu list syarikat GLC yang akan dijadikan swasta. Kompeni kawan aku sendiri yang dulunya non-profit organization sekarang ni sudah menjadi profit-organization. Dia terpaksa bekerja keras untuk naikkan keuntungan syarikat untuk menjaga KPI-nya sendiri. Sekiranya KPI tak bagus, kontrak tidak akan bersambung. So, masih nak duduk diam ke? Nak terus mengeluh tanpa lakukan apa-apa?

Itu salah satu sebab kenapa aku nak mula mengubah cara hidup aku ke arah yang lebih baik. Biar seksa setahun tapi selesa bertahun-tahun. Aku join bisnes ni kerana sokongan dari semua team. Belum korang pergi NPI dia lagi. Korang akan menangis dekat situ bila orang baru yang masuk disambut dengan begitu baik. Rasa sangat dihargai bila kawan-kawan bagi support. Kita kalau nak berjaya kena duduk dengan orang berjaya. Percayalah cakap aku, korang takkan menyesal!

Kalau sesiapa yang berminat untuk tahu dengan lebih lanjut bisnes ni, boleh kontek aku 012-4411490. Kalau korang rasa aku penipu, terpulang la. Buat apa aku nak menipu pada sesuatu yang baik. Aku sendiri diajar untuk tidak menganiaya/menipu kawan-kawan. Aku bleh tunjukkan bukti dengan bawa korang pasal bisnes ni. 

Oklah, melalut panjang pulak! Aku bersemangat ni! Nak keluar....... daaaaaa~
Leia Mais...
1

Please dont apply if you're not interested, ok!

Sunday, February 19, 2012.
Yuhuuu.. I'm coming back! Hik3.. Lama bebenor aku tak menulis kat blog ni kan? Biasa la busy tahap gaban! Baru-baru ni aku pergi China. Sonok sangat sebab jumpa balik colleague dari China tu. Lama tak jumpa dorang. Dorang kat sana very friendly. Cuma satu je la.. communication tu. Susah nak communicate ngn dorang since dorg ni memang tak reti nak speaking! Lawak pulak rasanya bila borak-borak ngan dorang, leh pulak dorang tu cakap bahasa mandarin dgn aku? Aku senyum je la sambil-sambil tu kerut-kerut dahi tak paham! Haish!~

Sekarang ni aku begitu sibuk sikit dengan kerja, projek Takaful Prudential dan novel aku ni. Biasa la kan, nak cari duit lebey and nak membina hidup ke arah yang lebih baik disamping membantu rakan-rakan yang memerlukan pertolongan (kira amal jariah la jugak neh!).. Sebab tu takde sape-sape dalam hidup aku ni sebab aku sememangnya agak busy sekali. Rumah ni dah jadi macam rumah sewa dah. Kesian kat mak abah aku and adik-adik aku. Jarang sekali aku nak lepak lama di rumah. Tapi takpelah, as long aku dapat bantu family aku pun dah kira ok dah. Seronok bila kita dapat gembirakan orang sekeliling kita. kan.. kan???

Ok la.. tak nak membuang masa dengan cerita merepek merapu aku kali ni. Aku nak bercerita satu pengalaman aku di sini. Aku pernah dapat satu prospek yang ada keinginan nak mengambil insurans dengan aku. Pada awalnya aku berasa seronok sangat sebab bakal ada kes baru la untuk aku. Pada mulanya dia beria-ia nak ambil. Siap mesej aku cakap "saya berminat nak ambil insurans. berapa bayaran dia?"
Setelah agak lama bersms dan membuat temujanji, aku pun buatlah quotation untuk dia. Mula-mula dia nak tgk quotation untuk insurans takaful link dan byrn cash, lepas tu nak tukar ke takaful link dan byrn auto-debit. Pada mulanya aku tak kisah la sebab itu mmg keje aku untuk buat consultation dan buat quotation sememangnya FR double E. Lepas dah buat itu ini, dia nak tambah plak. soh aku buat ummah pulak untuk dia. Nak dua quotation, byrn cash dgn auto-debit. adeh.. tape la.. customer is always right kan? Aku buat aje la. Then dah buat temujanji, smpai la ari yang sepatutnya.. aku call dia tak angkat. Kol lagi, dia tak angkat. Pastu nak dekat petang aku tunggu.. Agak petang sket dia balas kata dia tak sihat sebab demam. Ok fine. Aku sabar la. Kitorang tetap buat temujanji yang kedua. Kedua pun sama, ada hal la apa la.. sampailah buat temujanji yang ketiga. 

Temujanji yang ketiga ni bikin aku panas. Dia nak jumpa aku hari isnin. Masa dah tetap cuma tempat belum lagi. Confirm la kalau hari isnin, aku kena ambil cuti kan? So sebab fikir ini client aku, aku ambil cuti la and tak kisah pun. Cuma yang aku kisah sangat, aku kol hari tu dia langsung tak angkat, then aku mesej dia nak pastikan confirm atau x temujanji ni? Dia tak balas.

Tengahari tu baru dia balas. Tapi mesej dia kali ni memang buat aku rasa nak tumbuk je dia (kalau dia depan aku la!). Mesej dia camni:
"Akak, tak jadi la nak ambil insurans dengan akak. Saya dah jumpa insurans yang lagi bagus dari prudential. Dia cover sampai umur saya 90 tahun lagi!"
WTF! Korang rasa apa perasaan korang bila dpt makhluk dan hamba Allah yang bongok seperti mamat ni? Rasa nak tumbuk je kan? Aku tak kisah kalau kau tak nak ambil tapi tolong jangan buang masa aku nak melayan kerenah kau yang at the end bikin aku panas.  Dah tu kau nak kondem insurans aku pulak! Apa kes!? Tak nak ambil cakap je la tak nak ambil. Tak payah nak main-mainkan orang. Buat makhluk bernama Imran (kalau awak baca cerita ni).. Sila be responsible! Kau aniaya orang satu hari nanti orang akan balas apa yang kau buat pada orang tu. SEKIAN!

Ah! Emosional pulak aku kan? Takpe.. Istighfar banyak2. Untuk bisnes ni sememangnya perlukan kesabaran yang teramat sangat.  Mujur aku ada kawan-kawan yang bagi semangat untuk bertapak lebih lama dalam dunia insurans ni... Aku tahu bisnes ni dpt membantu aku untuk jadi orang. Sebab tu aku nak teruskan dan serius dengan bisnes ni. Ini kira sikit la cabaran yang aku dapat. Ada kakak (member aku jugak agen insurans Prudential..) dapat cabaran yang Maha hebat. Sebab tu dia aku jadikan satu semangat untuk aku terus berusaha. Alhamdulillah... =)

Cerita lain pulak, orang lelaki jugak! Dia ambil insurans dengan aku pun melalui laman blog ni. Alhamdulillah sebab ini rezeki aku. Tapi dia nipun main-mainkan aku. Muka baik jek. Pijak semut pun tak mati. Siap cakap dengan aku, elok ambil insurans ni. Untuk masa depan. Tapi tak sampai 3 bulan dia bayar, dia mula buat hal. Bayaran dia tertunggak. Bila call, dia tak angkat. Then aku try call dia guna no opis aku baru dia angkat. Bila tanya cakap, ada je duit dalam bank. Macammana boleh tak tolak bla.. bla.. bla.. Kerja kau tu besar la jugak! Single, tapi takkan takde duit kot? Gaji kau pun aku tgk ok.. lagi besar dari gaji aku. So apa yang kau nak sebenarnya? Poyo je cakap elok amik insurans bla.. bla.. bla.. At the end, kau pun lari! Skg ni insurans kau dah lapse.. in case kalau berlaku apa-apa, jangan sesekali salahkan agen sbb itu semua salah kau sendiri. Bukan tak bagi peringatan, dah banyak kali.. so lepas ni pandai-pandai la kan? Aku dah jalankan tanggungjawab aku.. selebihnya hang pikir la sendiri!

Sebab tu aku agak malas nak melayan mesej2 yang tak sepatutnya. Kalau nak ambil insurans tu betul-betul la. Serius-serius la sikit. Apa perasaan korang bila orang buat korang macam tu? Tentu korang sakit ati kan? Tapi takpe.. itu pengalaman yang tak boleh aku lupakan sampai mati. Bak kata sahabat aku: Sorang tak nak, banyak lagi yang nak! Dont give up, just move forward! Then sampai skg aku pegang ayat tu sebagai semangat untuk aku teruskan. Niat aku untuk bantu rakan-rakan dan cuba untuk mengubah hidup aku. Tapi manusia ni kita tak leh nak jangka. 

Tau tak kenapa aku agak memilih untuk mencari pasangan hidup? Sebab lelaki yang aku jumpa setakat ni takde langsung yang terkandung dalam senarai lelaki yang aku cari. Aku tak kisah dia mcmmana tapi perlulah ada 3 perkara: jaga solat, bertanggungjawab dan ada matlamat hidup. Tapi zaman skg ni amat sukar nak dapat lelaki yang macam tu. Kebanyakkannya banyak bergantung harap pada perempuan. So macam mana tu? Jangan cakap aku memilih tapi kalau dah gitu lelaki yang aku kenal, sebelum ke tahap serius baik aku angkat kaki!

Haish~ Susah kan macam ni? Takpelah, ada je jodoh...  Setiap manusia dah dicipta berpasangan. InsyaAllah aku akan jumpa ONE FINE DAY! =)

Leia Mais...
2

*single.. single.. single..*

Sunday, November 27, 2011.
Umur aku dah 27 tahun dah untuk tahun ni... tahun depan dah 28 tahun. sedar tak sedar dah makin tua aku rupanya..You know what, my sister will getting enggaged at beginning of this next year. Me? Still like this. single.. single and single.! hahaha...Tengah fikir, apa aku nak sempena hadiah langkah bendul ni ek? Abang aku suruh mintak gelang tangan. tapi, aku ni bukan la suka sangat pakai barang-barang kemas ni. Hah! disebabkan aku ni memang giler novel, so aku nak suruh adik aku belikan aku novel dalam RM200 je. boleh tak?? keh.. keh.. keh..


Sometimes I have tried to be happy but I cannot hide my feelings. Orang boleh nampak jelas dari riak wajah aku samada aku gembira atau tak. yeah.. that is my true face.. I cannot be hipocrite. Aku ni memang dah ditakdirkan untuk hidup seorang diri ke? dari dulu sampai sekarang, always alone.


Bukan tak pernah ada lelaki yang cuba nak kenal baik dengan aku, tapi entah la. samada aku jual mahal ataupun tidak aku sendiri tak tahu. apa yang aku tahu, hati aku dah lama tertutup. orang soh aku mandi bunga, pastu berdoa dengan Allah supaya dapat berjumpa dengan lelaki yang boleh menyayangi aku. tapi aku sering berdoa. mungkin doa aku belum cukup kuat kot? kenapa ye? setiap lelaki yang aku kenal pasti akan curang dengan aku. 


Yelah, aku pegang pada kata-kata ini:
 "Allah akan temukan kita pada orang yang salah sebelum berjumpa dengan jodoh yang betul"


Memang, setiap hari aku akan bertemu dengan lelaki yang salah. yang suka menabur janji tapi tak pernah tepati. sampai satu ketika aku rasa cukup muak dengan cara hidup macam ni. kadang-kadang aku jeles dengan adik aku sendiri. sebab dia dikelilingi oleh lelaki yang begitu setia, baik dan betul-betul sayangkan dia. kalau dia clash, smpai sekarang lelaki itu cari dia balik wpun dia sudah ada pengganti yang lebih baik dari sebelumnya. tapi aku? selalu dikelilingi oleh lelaki yang selalu sahaja nak mainkan perasaan aku sendiri. kalau clash sebab apa? sebab curang.. kalau tak curang pun, ada sebab lain. Entahlah...


kadang-kadang aku fikir, betul ke lelaki akan suka perempuan yang lawa? aku tengok, ex-boy aku dulu akan dapat awek yang jauh lebih lawa dari aku. apa? aku ni tak lawa ke? buruk sangat ke aku ni ha? sbb tu kot ko curang dengan aku. ignore aku and whatsoever. geram! selalunya, aku try untuk jadi yang terbaik. tapi aku tahu, aku tak boleh jadi yang terbaik!


Kadang-kadang bila baca novel, teringin nak ada pakwe, suami yang macam tu. yang setia dan baik. kalau majuk selalu kena pujuk. kalau sedih, ada yang akan happykan kita. kalau sakit, akan ada orang yang take care. tapi semua tu hanya angan-angan je la. 


Bila teringatkan kisah dulu, kalau aku merajuk.. sendiri2 yang pujuk. kalau sakit, pakwe pun buat bodo jek. and bila sedih, sedih sorang2.. (nasib ada kawan baik yang memahami).. lelaki, hanya dekat dengan aku sebab something.... bukan betul2 sukakan aku. takpelah, aku doakan dia bahagia aje la kan? oklah, entah kenapa aku tiba-tiba rasa nak lepaskan semua ni. sebab adik aku nak kahwin kot? huhuhu.... takpelah! doakan yang terbaik untuk aku ye?
Leia Mais...
0

I'm counting my last day in MIMOS.. =)

Thursday, November 24, 2011.

Haiyoo... sudah lama tidak aku tulis ini blog Busy yang teramat sangat sehingga takde masa untuk menulis lagi. tengok-tengok sudah ramai jadi follower blog aku ni! Haha.. terima kasih pada yang sudi nak follow blog ni. Lagipun takde benda yang nak disharekan di sini kecuali soal2 peribadi aku sahaja.

Hem.. tajuk ni pun korang dah tahu apa yang aku nak tulis kan? Yes, setelah hampir 3 tahun aku bekerja di MIMOS akhirnya aku dah tekad untuk meletakkan jawatan aku sebagai software engineer bersamaan leader MSS yang selalu sahaja pening dengan gelagat-gelagat management yang entah apa-apa. Macam-macam berlaku selama ni. Kengkawan sorang demi sorang berhenti kerja sebab dapat offer baru.

Dan sekarang sudah tiba masanya giliran aku pulak! Aku dah target hujung bulan 12 (maybe 31/12/2011) aku akan tender resignation letter. So far aku tak nak bagitau pada kawan-kawan yang tinggal memandangkan manager kami baru sahaja meletakkan jawatan. Tapi aku akan pastikan team aku dah benar-benar kukuh baru aku akan letak jawatan. Patutnya awal bulan 12 aku dah boleh letak jawatan tapi aku rasa team aku masih perlukan aku (aku rasa lah!), so aku injakkan ke hujung bln 12. At least aku dpt bantu kawan-kawan yang tinggal untuk teruskan perjuangan di SDD.

Sekarang ni, aku tgh berusaha untuk pas sebanyak mana kerja yang boleh pada kawan-kawan. Ajar apa-apa yang patut memandangkan nak handover kerja yang terlampau banyak dalam masa sebulan adalah tidak mencukupi. So, dah tiba masa aku kena ajar and handover semua kerja pada dorg! Apa-apa pun, lepas ni lega la hidup aku sbb tak selalu pening dengan macam-macam kerenah yang kadang-kadang buat darah aku mendidih, migrain aku datang dan demam sebab terlampau memikir masalah yang ada. Aku dah penat! Seriusly penat.

Memang takde orang akan memahami aku dan aku pun tak kisah kalau dorang tak nak memahami. Bukan senang nak pegang leader ni. Dari dulu memang aku paling tak suka nak pegang jwtn ketua, salah satu sebab aku resign kat jusco dulu pun sbb aku jadi ketua yang selalu dibuli oleh staf sendiri. Kalau terlampau baik, tak boleh gak. Terlampau garang pun tak boleh. Last-last makan hati sorang2..

Dan untuk mengelakkan perasaan aku yang selalu sahaja penat memikirkan masalah negara, akhirnya tender resignation letter adalah perkara yang wajar bagi aku. Walau apapun, aku seronok bekerja dalam team SDD. Susah senang mmg sama-sama rasa walaupun pendapat masing-masing adalah berbeza. Hari-hari aku fikirkan macam mana nak buat yang terbaik untuk team dan akhirnya aku fikir aku sememangnya tak layak untuk digelar ketua. Memang tak layak!

Pada kawan-kawan, aku minta maaf banyak-banyak andai ada salah dan silap sepanjang aku jadi ketua (maybe ada yang tak suka dengan cara aku ni, tapi percayalah.. aku buat ni bukan untuk diri aku tapi aku nak bantu korang so aku terpaksa tegas dan aku boleh rasa ramai yang membenci aku..) Apa-apapun, aku doakan korang semua berjaya dalam hidup. Jangan malas-malas ok? Bertuah la sebab kita dapat bekerja di MIMOS yang setiap hari boleh datang lambat, main facebook, main game, nak cuti sesuka hati pon boleh dan rileks-rileks tanpa ada stress.. tapi kalau selalu manjakan diri aku takut kat luar nanti kita tak mampu nak harungi dugaan bekerja kerana terlalu selesa dengan kerja sekarang. Apa-apapun good luck!

Sampai masa aku akan announce pemergianku ini.... 30/12/2011 akan tiba untuk tender resignation letter.. After that, lagi sebulan. I'm counting my last day in MIMOS... =)
Leia Mais...
 
Cik Waniey's Blog © Copyright 2010 | Design By Gothic Darkness |